Mytheory6
Bahagian Dua Murtad
Murtad : Pandangan Islam dan Isu-isu Berbangkit
Apakah sebenarnya pandangan Islam terhadap murtad (irtidad)?
Dalam Islam, murtad adalah setara dengan
pengkhianatan dan penderhakaan.
Perkataan "derhaka dan khianat" di dunia Barat hanyalah dispesifikkan kepada
politik dan ketenteraan sahaja. Di Amerika contohnya,
Khianat diterjemahkan dalam teknikal sebagai
mengisytiharkan peperangan terhadap Amerika (dalam bentuk yang diistilahkan "perang" oleh undang-undang) dan memberikan sokongan kepada musuh Amerika, samada dengan memberikan mereka bantuan atau jaminan keselamatan.
Namun begitu, konsep "khianat" ini sendiri dibuktikan oleh Barat sendiri dapat diluaskan kepada aspek-aspek lain yang tiada sangkut paut dengan politik dan ketenteraan. Contohnya di England, "pengkhianatan" juga boleh didefinasikan sebagai
melakukan "kejahatan" terhadap suami atau isteri raja (Raja atau Ratu), merogol anak perempuan tertua yang telah berkahwin dalam keluarga diraja dan juga kekerasan seksual terhadap isteri kepada anak lelaki tertua dan waris. Malahan dalam konteks dunia sekarang, merosakkan "kesucian hubungan darah" keluarga Diraja juga disifatkan sebagai suatu pengkhianatan.
Apakah alasan England untuk memasukkan perihal tiada kaitan dengan politik dan bukan ketenteraan itu dalam takrifan "khianat" ?
Jawapannya : kerna keluarga Diraja England dan juga susur galur keluarga mereka adalah antara perkara paling penting dalam masyarakat dan budaya Britain.
Jadi begitu juga dalam Islam. Dalam Islam, konsep "khianat" tidak dikhususkan semata-mata untuk perkara berhubung ketenteraan dan politik secara lahiriah sahaja, kerana Islam juga mempunyai pandangan batiniah (jiwa) dan secara kesan kebudayaan Islam dalam hal-hal tersebut. Dalam Islam, Allah berada dalam tingkatan yang teratas, di ikuti oleh Nabi Muhammad s.a.w. Ini disimbolikkan oleh Al-Quran dan As-sunnah.
Jika seseorang yang membela dan menaikkan martabat sebuah institusi kenegaraan dilihat sebagai satu tanda patriotisme dan merendahkannya sebagai satu jalan atau cara pengkhianatan, - maka begitulah juga dalam Islam. Penolakan secara terbuka terhadap kepercayaan asas terhadap Islam juga adalah suatu tindakan khianat. Ini kerana murtad, atau "keterbukaan mengisytiharkan kekufuran terhadap asas-asas Islam" akan membawa kepada kesan yang buruk terhadap masyarakat Islam. Malahan murtad adalah fitnah paling besar boleh menimpa umat Islam
Kerana itulah Islam meletakkan hukuman yang keras terhadap kesalahan murtad. Murtad membawa kepada kerosakan besar kepada Islam dan hukuman yang keras akan menunjukkan kepada kesan kebesaran kesalahan tersebut.
Namun begitu, perlu diingatkan sekali lagi bahawa yang dinamakan murtad itu adalah
pengisytiharan secara terbuka, tanpa sebarang paksaan dan dengan kesedaran si pengucap tersebut. . Hukumannya adalah hukuman bunuh dan perbincangan lanjut telah dinyatakan dalam Bahagian Satu.
Isu-isu berbangkit
Isu tidak boleh diasingkan atau dibincangkan dalam konteks berbeza.
Dalam membicarakan perlaksanaan hukuman Islam, seseorang pertamanya mestilah memahami ia sebagai sebahagian daripada keseluruhan Sistem Islam itu sendiri. Telah kita maklum bahawa Islam menyediakan suatu perlembagaan yang lengkap dalam menangani setiap sudut kehidupan kita. Undang-undang, kewajipan, suruhan dan juga larangan yang diwahyukan daripada AL-Quran atau ditunjukkan dalam Sunnah adalah untuk menggambarkan keseluruhan komuniti Islam. Tiada bahagian boleh dibuang atau diasingkan dalam undang-undang ini, lebih-lebih lagi jika ia melibatkan perkara-perkara asas.
Mohammad S al-Awa dalam bukunya
Punishment in Islamic Law telah menjelaskan :
Dalam mana-mana perlembagaan undang-undang, falsafah kehakiman adalah satu bahagian yang berintegrasi dengan keseluruhan sistem. Di mana ia tidak dapat difahami atau dilaksanakan kecuali dalam keseluruhan sistemnya. Ini untuk memastikan bahawa nilai yang dibawa oleh hukuman tersebut dapat dilindungi. Jika suatu prinsip itu benar, maka ia menajdi bersalahan pula jika kita meminjam suatu falsafah kehakiman oleh suatu badan kehakiman dan mengadaptasi ia dalam konteks kita, kerana ia adalah berdasarkan kepada satu konsep yang lain.
Secara ringkasnya, ulama" membawa hal ini dalam penghukuman murtad hanyalah dalam sebuah negara Islam. Juga boleh diaplikasikan dalam konteks lain.
Sunnah sebagai suatu sumber perundangan yang tidak dipersoalkan.
Sunnah diiktiraf sebagai suatu sumber perundangan yang telah dibawa oleh Nabi Muhammad s.a.w yang merupakan pesuruh Allah. Apa sahaja yang telah dibawa oleh baginda sepanjang hidup baginda diterima oleh Muslim sebagai suatu yang tetap dan paling bersesuaian dengan Muslim. Sunnah yang dimaksudkan adalah "sunnah muktabar" dan "paling bersesuaian" membawa maksud "bahawa Allah lebih tahu hikmah di sebalik setiap suruhan atau larangan".
Kepercayaan terhadap Nabi Muhammad s.a.w adalah berguna bahkan dalam pandangan perundangan Islam, kerana penghormatan dan ketidakraguan terhadap sumber tersebut membawa kepada penerimaan terhadap sebarang asas Islam. Ini menguatkan lagi iman manusia, dan membawa kepada manusia yang lebih bersyukur; kerna berterima kasih kepada Allah yang telah memberikan manusia kebolehan berfikir dan merasa, dan menambahkannya lagi dengan "wahyu melalui manusia" dalam membantu manusia menjalani kehidupan.
Hudud atau Takzir?
Sebagai suatu penjelasan lagi terhadap terminologi "hudud" (hukuman yang jelas dan telah ditetapkan) dan "takzir" (hukuman berdasarkan pemerintah), maka perlulah dijelaskan bahawa mengikut Imam Syafie dan Hanafi, hukuman mati adalah hudud. Manakala mengikut Imam Hambali dan Maliki, hukuman bunuh bukanlah hudud.
Perbezaan tafsiran ini adalah kerna perbezaan pendapat dalam mentafsirkan perkataan "bunuh" yang digunakan dalam hadith.
Hukuman bunuh ini adalah berdasarkan hadith oleh Ibnu Abbas (Sahih Bukhari), di mana Nabi Muhammad s.a.w telah bersabda:
Sesiapa yang menukar agamanya, maka bunuhlah dia
Maka di atas hadith inilah maka para ulama" membuat hukum bahawa seorang murtad membawa kepada hukuman bunuh. Ulama" berbeza pendapat adalah dalam mentafsir perkataan "bunuh" itu. Ini kerna perkataan "bunuh" membawa kepada sudut tatabahasa yang mengandungi perintah (sighat al-amr). Bermakna bahawa ada suatu perintah perlu dilaksanakan. Ulama" bersependapat bahawa
sighat al-amr (perkataan bersuruhan) boleh ditafsirkan dalam 16 cara yang berlainan. Antaranya adalah; suatu cadangan, hukum mutlak, kebenaran dan cara setimpal menghukum.
Secara ringkasnya, dalam hukuman
had (hudud), hakim tiada kuasa untuk mengurangkan atau menimbang hukuman tersebut. Sementara dalam
takzir, hakim mempunyai kuasa penilaian kehakiman untuk menilai maksud "hukuman maksimum" samada untuk menjatuhkan hukuman mati atau penjara hingga mati atau mana-mana hukuman setimpal dengannya.